Kelas Ict Bersama Pelajar Sk Kg Chengal

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2018 telah diadakan Kelas ICT Bersama Pelajar SK Kg Chengal yang merupakan kesinambungan dari kelas-kelas yang telah dijalankan sebelum ini dimana para peserta diberikan tugasan dan latihan bagi menilai tahap penguasaan para pelajar.

Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar berkaitan penggunaan ICT pada tahap yang maksimum. Program ini diadakan juga sebagai melaksanakan khidmat kepada komuniti setempat dengan memberi dan menyediakan kemudahan ICT secara percuma.

Pada sesi kali ini, para pelajar diajar cara download dan save gambar dari internet dan memasukkan gambar tersebut ke dalam microsoft word. Mereka juga diajar cara-cara membuat frame pada setiap gambar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas